Apakah Gimnastik Irama?
Gimnastik berirama adalah sukan di mana pesaing tunggal atau pasangan, trio atau malah lebih (biasanya lima) memanipulasi satu atau dua aparatus: tali, gelang, bola, belantan dan reben. Gimnastik berirama adalah satu sukan yang menggabungkan unsur-unsur balet, gimnastik, tarian teater, dan manipulasi aparatus.
- suatu pergerakan yang dilakukan di atas lantai diiringi dengan muzik.
- merupakan pergerakan yang berkoordinasi tinggi dan bersifat estetik serta mempunyai unsur-unsur keindahan.
- antara alatan yang digunakan dalam gimnastik irama ialah gelung, bola, tali, selendang dan belantan.
- 7 jenis pergerakan dalam gimnastik irama iaitu:-
- imbangan
- melentik
- meringkuk dan melunjur
- gerak edar
- pusingan badan
- lompatan
- ketangkasan
Sejarah Gimnastik Irama
Gimnastik berirama yang berkembang daripada idea bagi I.G. Noverre
(1722–1810), Francois Delsart (1811–1871), dan R. Bode (1881), yang
kesemua mempercayai dalam pernyataan pergerakan, di mana seseorang
menggunakan tarian untuk meluahkan diri sendiri dan bersenam pelbagai
bahagian tubuh. Peter Henry Ling seterusnya mengembangkan idea dalam sistem latihan bebas Sweden
abad ke-19, yang melayakan "aesthetic gymnastics", di mana pelajar
menyatakan perasaan-perasaan mereka dan emosi melalui pergerakan
menyeluruh. Idea ini telah dilanjutkan oleh Catharine Beecher, yang mengasaskan Western Female Institute di Ohio, Amerika Syarikat, pada 1837.
Gimnastik berirama kompetitif bermula dalam 1940-an dalam Kesatuan Soviet. FIG mengiktiraf disiplin ini pada 1961, pertama seperti gimnastik moden, kemudian sebagai gimnastik berirama sportive, dan akhirnya sebagai gimnastik berirama. Kejohanan Dunia pertama untuk gimnas individu mengambil tempat pada 1963 di Budapest, Hungary. Kumpulan telah diperkenalkan pada tahap yang sama pada 1967 di Copenhagen, Denmark. Gimnastik berirama telah ditambah di Sukan Olimpik Musim Panas 1984 di Los Angeles, dengan pertandingan Individual All Around. Bagaimanapun, banyak persekutuan daripada negara-negara Eropah Timur telah dipaksa untuk memulau. Lori Fung dari Kanada adalah gimnas berirama pertama untuk mengondol satu pingat emas Olimpik. Pertandingan kumpulan telah ditambah ke Sukan Olimpik Musim Panas 1996 di Atlanta, Georgia.
Perkembangan Gimnastik Irama Di Malaysia
Pada
amnya, perkembangan gimrama di Malaysia bermula di sekolah. Latihan gimrama
tidak ditawarkan di mana-mana tempat pada mulanya. Di sekolah,gimrama telah
dimulakan sebagai aktiviti kokurikulum. Sukan gimrama telah diperkenalkan
secara serius di Malaysia pada tahun 1982 dimana satu Kursus Kejurulatihan
Peringkat Asas telah diadakan di Kuala Lumpur di bawah pimpinan Puan Emmy
Bellwood iaitu seorang jurulatih dari New Zealand. Pada tahun 1983,
Jawatankuasa Teknik Gimrama yang pertama telah ditubuhkan dibawah Persekutuan
Gimnastik Malaysia. Seterusnya pada tahun 1984, satu lagi kursus kejurulatihan
bagi guru-guru dari sekolah dan maktab telah dijalankan oleh beberapa orang
instruktor tempatan.
Pada
tahun 1985, Persekutuan Gimnastik Malaysia telah mengimport seorang jurulatih
dari Australia untuk mengadakan program intensif selama setahun. Seramai 300
orang jurulatih dapat dihasilkan. Pada tahun yang tersebut juga, satu lagi
Kursus Kejurulatihan Serantau Peringkat Lanjutan telah diadakan dengan
menjemput pakar yang sama. Kejohanan gimrama peringkat kebangsaan yang pertama
telah diadakan pada tahun 1985. Sebanyak 30 pasukan dari seluruh negara
telah mengambil bahagian. Pada tahun 1986, satu skim pembangunan untuk
gimnas yang berasaskan penganugerahan lencana dan sijil kecemerlangan bagi
gimnas yang berjaya telah dilancarkan. Seterusnya pada tahun 1989, gimrama
telah diperkenalkan di Sukan SEA Kuala Lumpur, dan Malaysia telah memungut lima
pingat emas melalui Faiznur Miskin.
Pergerakan Dalam Gimnastik Irama
Imbangan bergantung kepada kedudukan pusat graviti dan keluasan dasar. Pusat graviti yang rendah dan dasar yang lebar adalah lebih stabil berbanding dengan pusat graviti yang tinggi mewujudkan kurang kestabilan.
a) Pergerakan Imbangan.
Teknik imbangan dengan sebelah kaki di hadapan.
1. Posisi bermula dan berdiri dengan tegak.
2. Berdiri di atas sebelah kaki dan angkat kaki sebelah lagi.
3. Berdiri di atas bebola kaki dan unjurkan kaki yang diangkat. Kekalkan kedudukan ini selama dua saat.
4. Turunkan kaki dan melangkah ke hadapan dengan kaki yang sama.
5. Rapatkan kedua-dua belah kaki.
# Imbangan di atas boleh dilakukan dengan pelbagai pergerakan tangan seperti mendepakan tangan atau meletakkan tangan di pinggang. Imbangan dengan sebelah kaki di hadapan boleh juga dirangkaikan dengan alatan misalnya gelung dan tali.
Teknik Imbangan dirangkaikan dengan gelung.
1. Posisi bermula. Berdiri dengan merapatkan kaki, pegang gelung dengan sebelah tangan.
2. Genggam gelung, tapak tangan di sisi badan. Bengkokkan lutut dan ayun gelung sedikit ke belakang.
3. Ayun gelung ke hadapan sambil berjengket.
4. Ayun gelung ke belakang sambil membengkokkan lutut.
5. Hentikan ayunan dengan meletakkan gelung di atas lantai.
# Imbangan ini dapat dilakukan dengan lebih baik dengan meningkatkan prestasi dalam latihan kekuatan dan daya tahan otot. Otot-otot yang terlibat ialah otot betis dan otot paha.
b) Pergerakan Melentik
Pergerakan melentik banyak menggunakan bahagian atas badan. Kemahiran yang dipelajari dalam pergerakan ini:-
Teknik dirian sebelah kaki dan melentik ke sisi.
1. Mulakan posisi. Berdiri tegak dan rapatkan kaki.
2. Sebelah kaki melangkah ke sisi.
3. Pindahkan berat badan pada kaki yang melangkah dan naikkan paha yang sebelah lagi.
4. Lentikkan badan ke sisi kaki sokongan dan tangan mengikut pergerakan lentikan.
5. Turunkan kaki dan berdiri tegak dengan kaki rapat.
# Teknik ini boleh dipelbagaikan dengan kedua-dua tangan lurus ke atas atau sebelah tangan di pinggang dan boleh disertakan dengan alatan seperti gelung, reben atau kayu.
Teknik melentik dirangkaikan dengan selendang.
1. Mulakan posisi. Berdiri tegak dan kedua-dua belah tangan lurus ke atas.
2. berjengket seketika dan terus unjurkan sebelah kaki ke hadapan.
3. Lentikkan badan ke belakang dan angkat lutut hadapan.
4. Turunkan kaki dan tegakkan badan.
5. Berdiri tegak dan rapatkan kaki.
# Teknik ini dapat dilakukan dengan lebih baik jika prestasi kelenturan dan kelembutan dapat ditingkatkan melalui senaman yang kerap. Otot yang terlibat adalah abdomen dan belakang pinggang.
Aspek Keselamatan Dalam Gimnastik Irama
a) Pakai pakaian yang sesuai.
b) Pastikan alatan yang digunakan tidak membahayakan orang lain dan diri sendiri.
c) Lakukan aktiviti memanaskan badan, regangan dan menyejukkan badan.
## elakkan melakukan enjutan agar tidak mendapat kecederaan.
chriss
thx ya gan infonya :), kalau di indonesia sendiri kapan ya ada senam artistik? trus apakah dulu kalau senam itu pakai baju senam wanita ?
ReplyDelete